Akademi Pendidikan ا م س (API)
Sebagai sebahagian daripada komitmen ACF dalam memperkasa pembangunan pendidikan berteraskan nilai dan peradaban, ACF menjalin kerjasama strategik bersama Akademi Pendidikan ا م س (API). API berperanan sebagai platform pengkaderan pendidik dan pusat rujukan pemikiran pendidikan yang menumpukan kepada pembinaan pendidik berjiwa murabbi — bukan sekadar profesional dalam bidang akademik, tetapi sebagai pembimbing generasi dan pembina peradaban.
Sebagai rakan strategik ACF, API berperanan membangunkan modul-modul Pendidikan berasaskan nilai Tiga Kota Suci iaitu:
Asas Tauhid
Akhlak & Sistem
Ketahanan & Kepimpinan
Melalui kolaborasi ini, ACF menyokong pembangunan modul, kursus profesional asas mengajar, pelaksanaan konvensyen dan bengkel pendidikan, serta pengukuhan jaringan strategik bersama sekolah dan institusi di seluruh negara.
Kerjasama ini selaras dengan aspirasi ACF untuk membina ekosistem pendidikan yang berteraskan Tauhid, adab dan kasih sayang, serta melahirkan generasi pemimpin dan pembina peradaban.
ACF percaya bahawa sinergi bersama API akan memperkukuh usaha pembangunan model pendidikan yang mampan, relevan dan berpotensi untuk diperluaskan ke peringkat nasional dan antarabangsa demi kemaslahatan ummah dan pembinaan peradaban masa hadapan.