Kunjungan Komuniti Anak Muda : G Underground ke ACF

Adam Charitable Foundation (ACF)
Kunjungan Komuniti Anak Muda : G Underground ke ACF 

 

Cyberjaya
11 Mac 2026 

 

ACF telah menerima kunjungan daripada G Underground, sebuah gerakan komuniti anak muda yang aktif dalam sukan lasak seperti tinju dan Muaythai, yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

Dalam sesi pertemuan tersebut, CEO ACF, Haji Razali Daud telah berkongsi pencerahan berkaitan Ibrah Peradaban Tiga Kota Suci serta bagaimana nilai-nilai tersebut boleh diterapkan dalam pembangunan jati diri anak muda masa kini.

 

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu turut menyentuh tentang halatuju dan wawasan gerakan anak muda, termasuk usaha untuk membina ruang dialog yang lebih terbuka kepada masyarakat.

 

Antara cadangan yang dibentangkan ialah perancangan untuk mewujudkan satu siri “Podcast Talk”, sebagai platform untuk mengetengahkan pemikiran, perspektif dan suara anak muda terhadap isu-isu semasa.

 

Antara perkara yang dibincangkan :
• Ibrah Peradaban melalui modul Tiga Kota Suci
• Peranan anak muda dalam membina kesedaran masyarakat
• Cadangan kolaborasi melalui siri Podcast Talk

 

Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada jaringan kebaikan, serta membuka ruang dakwah dan kesedaran yang lebih luas dalam kalangan generasi muda.

 

Media ACF, Media Peradaban
#KebangkitanPeradabanTimur
#PeradabanBersumberkanWahyu
#TigaKotaSuci