Adam Charitable Foundation (ACF)

Rumah Cahaya ( RC )

Rumah Cahaya adalah satu gagasan yang dicetuskan oleh Walid Ibrahim Al-Malik sebagai jalan membawa cahaya ketauhidan dan penerapan nilai kasih sayang dan kekeluargaan serta menghubungkan rohani kepada Rasulullah SAW melalui pembudayaan dan penghayatan berselawat.

Visi

Melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai iman yang teguh, seterusnya terbina gerak komuniti
dalam meweujudkan masyarakat yang cakna dan negara yang sejahtera.

Misi

i. Membangunkan jaringan kumpulan kecil sebagai platform pengukuhan akidah, ilmu dan penyuburan cinta kepada Rasulullah SAW melalui amalam selawat.

ii. Menggerakkan inisiatif kebajikan dan keprihatinan sosial (cakna) yang memberi manfaat nyata kepada kesejahteraan masyarakat setempat dan negara.