Pendidikan

Pendidikan

Pendidikan merupakan teras utama dalam usaha membina insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya menyumbang kepada masyarakat. Di Adam Charitable Foundation (ACF), pendidikan dilihat sebagai proses membentuk manusia secara menyeluruh meliputi aspek intelektual, spiritual dan sosial. Melalui program pembangunan karakter, latihan kepimpinan dan pendidikan komuniti, ACF berusaha melahirkan generasi yang berintegriti, berfikiran kritis dan mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dalam membina masyarakat serta menyumbang kepada pembentukan peradaban yang lebih sejahtera.

Adam Charitable Foundation (ACF)
Akademi Pendidikan ا م س (API)

Sebagai sebahagian daripada komitmen ACF dalam memperkasa pembangunan pendidikan berteraskan nilai dan peradaban, ACF menjalin kerjasama strategik bersama Akademi Pendidikan ا م س (API). API berperanan sebagai platform pengkaderan pendidik dan pusat rujukan pemikiran pendidikan yang menumpukan kepada pembinaan pendidik berjiwa murabbi

LANJUT
Adam Charitable Foundation (ACF)
Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit (PPKCK)

Di celah kesibukan kota dan hiruk-pikuk Chow Kit, tersembunyi sebuah ruang kecil yang menyimpan cita-cita besar iaitu Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit atau PPKCK

LANJUT